Azza Elite ‘Reveal’ Rupa Bekas Staf Songlap Duit Bisnes Kek Coklat – ‘Diam Aku Bukanlah Harus Boleh Kau Pijak’

Penyanyi dan pelakon Azza Elite mengambil keputusan untuk mendedahkan wajah bekas pekerjanya yang mencuri duit hasil perniagaan kek coklat yang diusahakannya di Instagram (IG).

Azza ‘reveal’ muka pekerja

Menerusi perkongsian tersebut, Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari memaklumkan pada awalnya dia tidak mahu mendedahkan wajah bekas pekerjanya itu kerana tidak mahu mengaibkan sesiapa.

Walau bagaimanapun, atas nasihat dan gesaan beberapa rakan lain membuatkan Azza mengambil keputusan untuk berbuat demikian.

Menurut Azza, bekas pekerjanya itu telah mencuri duit perniagaan dengan cara menukarkan QR perniagaan kepada QR miliknya.

Staf saya yang menukar QR saya kepada QR miliknya.

Diam Kak Azza bukanlah harus kau boleh pijak, banyak kali aku bagi muka sampailah aku punya kekuatan untuk muat naik gambar kau setelah semua kawan-kawan aku suruh.

Ya Allah, aku ini sebenarnya tak nak memalukan sesiapa. Mudah-mudahan Allah bagi kesedaran bahawa tindakan kau salah.

Dalam pada itu, pelakon yang popular menerusi drama bersiri ‘Sembilu’ mengakui terkilan dengan tindakan bekas pekerjanya itu dan beranggapan individu tersebut tidak mempunyai belas ihsan kepadanya.

Masih lagi menanti hak aku dan kawan-kawan kerja kau.

Hak mak dan keluarga aku yang kau ambil. Kau tak kesian dekat Adam (anak Azza) ke?

Kau tahu anak kakak kena sekolah istimewa. Aku harap tindakan aku ini tak salah.

Dah buat laporan polis

Di akhir hantaran, ahli kumpulan Elite memaklumkan dia sudah pun membuat laporan polis berhubung kecurian ini dan berharap agar bekas pekerjanya itu mampu untuk membayar semula wang yang telah disonglap.

Laporan polis dah dibuat. Kau bukan tak tahu betapa susahnya aku cari duit, kau tahu.

Tapi kau ambil kesempatan disebalik kecekapan kau buat kerja, kau sangat bagus. Tapi duit telah menggelapkan mata kau bila melihat duit perniagaan kek akak.

Tapi itulah, duit ini boleh masukkan kita dalam neraka kalau kita salah gunakannya apatah lagi kau mengambil hak orang lain.

Mudah-mudahan Allah memampukan dia untuk bayar duit akak. Ini ujian untuk dia dan juga ujian kecil kami.

Sekadar info, Azza memuat naik hantaran di IG meluahkan rasa kesal dan terkejut dengan tindakan pekerjanya yangsanggup mencuri wang hasil jualan kek coklat yang diusahakan olehnya pada dua minggu yang lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

sumber: Instagram Azza Elite

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*