Membuat ‘bisnes’ dengan meminta sumbangan sekiranya ada yang mahu mengirim doa untuk dibacakan di depan kaabah. Itu adalah apa yang dilakukan individu dikenali sebagai Ustaz Mekah di TikTok yang kini sedang menunaikan umrah ketika ini.
Perkara itu tular selepas seorang pengguna laman sosial X membuat hantaran mengkritik Ustaz Mekah kerana mengambil kesempatan dan menggunakan agama untuk mendapatkan duit dengan cara sebegitu.
Apa dia buat? Live depan kaabah, mengaji Quran, buka slot untuk orang kirim doa. Siapa nak kirim doa tanpa bayaran, boleh Whatsapp. Tapi at the same time, dia bagi QR code kalau sesiapa nak menderma.
Meskipun tertulis bahawa tiada bayaran dikenakan sekiranya sesiapa mahu doa mereka dibacakan tetapi menurut seorang individu di X, selepas dia menekan pautan link yang disediakan bayaran tetap perlu dibuat sebelum dapat mengirimkan doa.
Berdasarkan tangkap layar dikongsikan individu itu, ia seolah-olah memaksa orang untuk memberikan infaq agar doa dapat dibacakan di sana.
Berdasarkan laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, perbuatan meminta orang lain yang menunaikan ibadah di Tanah Haram untuk mendoakan kebaikan buat kita yang tidak berada di sana adalah dibolehkan.
Walau bagaimanapun, tentang isu kiriman doa dengan bayaran tertentu seperti yang pernah tular pada 2017, Mufti Wilayah Persekutuan ketika itu, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata ia tidak menepati dengan ajaran Islam.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
: Sumber
Leave a Reply