Melalui platform media sosial, tular satu hantaran memaparkan seorang wanita mengamuk dengan memecahkan cermin kereta sebelum ditarik towing.
Wanita dan keluarga ‘hancurkan’ kereta
Dalam hantaran yang dimuat naik oleh Malaysia Automotive Shitposting 2.0 di Facebook, seorang pengguna mendakwa wanita terbabit tidak membayar kenderaan tersebut selama lapan bulan.
Dapat dilihat dalam hantaran tersebut, wanita itu serta keluarganya bertindak merosakkan kereta terbabit dengan menggunakan batu dan besi di hadapan pekerja towing.
Sendiri tak bayar sendiri marah. Btw kereta dah kena cangkuk luar pagar, owner pergi start kereta turun dari towing masuk rumah dia. Sebab tu bumper pun pecah.
Teruk dikecam netizen, menyusahkan diri
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan wanita serta keluarganya itu kerana dianggap tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana sanggup merosakkan kereta itu sedangkan memang salah sendiri.
Malah, ada juga yang merasakan tindakan tersebut sememangnya tidak memberi sebarang manfaat atau kelebihan buat keluarga terbabit tetapi hanya memberi kerugian besar.
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
: Sumber
Leave a Reply