Usahawan dan pensohor media sosial yang dikaitkan dengan kisah rumah tangga di antara Cik Epal dan Jofliam, Dewi tampil membuat penjelasan setelah namanya meniti di bibir netizen sejak kebelakangan ini.
Dikatakan menjadi punca perceraian antara dua nama ‘influencer’ tersebut, Dewi berkata dia sebolehnya enggan mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan isu tersebut.
Namun, kerana terlalu banyak fitnah dilemparkan warga maya terhadap dirinya, di memilih untuk tampil bersuara dengan menceritakan hal sebenar.
Maklum Dewi, Jofliam tidak pernah berlaku curang sebaliknya keadaan ketika bekerja di luar negara serta cakap-cakap belakang sesama staff pizza wagyu menjadikan keadaan semakin teruk.
Menurut wanita itu lagi, isteri Jofliam pada ketika itu, Cik Epal berasa curiga dengan hubungan pekerja dan staff antara dirinya dan Jofliam.
Malah, Dewi juga mendakwa Cik Epal ada menawarkan dirinya untuk menjadi isteri kedua kepada Jofliam ketika berhadapan empat mata.
Video penuh yang dimuat naik Astro Gempak di saluran YouTube itu kemudian mendapat reaksi pelbagai daripada warga maya.
Ada di antara netizen meluahkan rasa simpati terhadap Dewi kerana menjadi mangsa keadaan serta fitnah.
Namun, ada juga yang tetap mengecam Dewi kerana masih bekerja dengan Jofliam serta tidak tegas menolak pelawaan Cik Epal untuk menjadi madunya.
Sekadar info, Cik Epal dan Jofliam telah bercerai selepas 10 tahun melayari bahtera perkahwinan.
Kedua-duanya dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Han dan Yuki.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Sumber
Leave a Reply