“Sayang Allah dulu… baru suami” – Aisyah Hijanah ada cara elak rasa sakit berjauhan dengan Alif Teega

SERING ditinggalkan suami kerana urusan kerja, personaliti media sosial Aisyah Hijanah mempunyai cara tersendiri menjaga hati daripada terus bersedih.

Aisyah atau Aisyah Hijanah Azhari, 26, berkata dia kini belajar untuk menyayangi diri sendiri terlebih dahulu sebelum mengutamakan kebahagiaan suaminya, Alif Teega.

“Bila hati kita attach kepada suami, memang kita akan sakit bila kita nampak dia keluar, lagi-lagi kita tahu tujuan dia.

“Tetapi, bila kita kurangkan sikit sayang kita dan reset hati kita. Sayang Allah dulu, sayang diri dulu baru suami, barulah kita akan okay sedikit,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Berserta kapsyen, Aisyah memuat naik video memaparkan rutin sehariannya sekiranya Alif keluar berkerja.

Meskipun sukar meninggalkan orang tersayang, Aisyah percaya perasan cinta terlalu dalam terhadap manusia hanya memakan diri sendiri sehingga ada yang sanggup bertindak luar kawalan.

Justeru itu, dia menasihati orang ramai agar menjaga hubungan dengan Tuhan berbanding fokus terhadap cinta manusia yang tidak berkekalan.

“Rugilah, kalau hancur untuk manusia. Allah bagi kita akal yang sihat, wajah yang cantik, tubuh yang sihat, last-last kita hancur kerana manusia.

“Memang susah, sebenarnya orang yang kita sayang bukannya istimewa sangat pun, tetapi ‘cinta’ yang kita bagi terlalu besar sehingga kita nampak dia istimewa.

“Yang patut kita dahulukan dan fokus adalah hubungan dengan Allah. Fokus perbetulkan balik hubungan dengan Allah,” ujarnya.

Sebelum ini, Aisyah menededahkan sudah memfailkan cerai terhadap Alif namun hubungan pasangan itu dilihat kembali pulih.

Untuk rekod, Aisyah dan Alif atau Mohd Hazlif Mohd Hazani mendirikan rumah tangga pada 25 November 2017.

Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Khadeejah Hijanah, Muhammad Hassan Syarif dan Safiyyah Hijanah.

Kemudian pada 18 November tahun lalu, Aliff berkahwin but kali kedua bersama Fatin Umaidah di Thailand Ketika Aisyah sedang sarat mengandung.

Aisyah pernah memfailkan penceraian terhadap Aliff sebelum ini.

Dalam perkembangan lain, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin membenarkan dua kes salah guna harta bagi program infak iftar dan korban, berjumlah RM63,605.48 membabitkan Alf dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor.

Hakim, Azura Alwi memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya, Julaila Jamaludin membuat permohonan berkenaan.

Semasa sebutan kes, Julaila berkata prosiding lalu menetapkan Isnin untuk serahan dokumen namun pihakya memohon agar kes ini dipindahkan ke Shah Alam untuk dibicarakan bersama 10 kes lain.

sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*