“Demi Allah Saya Tak Pernah Rasa Konsert Ini Saya Yang Punya” – Bella Astillah Dikritik Gara-Gara Foto Dalam Poster Konsert Lebih ‘Besar’

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah tampil memberi penjelasan mengenai isu foto wajahnya yang dikatakan lebih besar seolah-olah bintang utama dalam poster Konsert A Night With Sumandak Stars yang bakal berlangsung 30 November ini.

Kata Bella, dia ada merayu dengan penganjur terlibat untuk mengecilkan fotonya dan tidak pernah meminta mereka (penganjur) untuk berbuat demikian.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh POPPIN’ WIRE (@poppin__wire)

Bila saya tengok hasil rekaan poster tersebut, takkanlah saya nak marah penganjur pula. Sejujurnya sumpah demi Allah saya tak pernah rasa konsert ini saya yang punya. Bukan saya yang minta untuk poster tersebut direka seperti itu.

Dia dalam pada itu turut memohon maaf kepada mereka di luar sana yang berasa kurang senang dengan rekaan poster tersebut.

Saya menghormati penyanyi-penyanyi yang terlibat dalam konsert ini yang jauh lebih berpengalaman.

Jadi saya faham jika ada peminat mereka meluahkan rasa kesal dengan rekaan poster tersebut. Saya tak marah pun.

Bella juga tampil menyangkal dakwaan pihak penganjur sengaja menggunakan fotonya sebagai ‘pelaris’ untuk konsert yang turut menampilkan anak jati kelahiran negeri di bawah bayu iaitu Adira Suhaimi, Marsha Milan, Nikki Palikat, Wani Kayrie dan juga Didi Astillah.

Terdahulu, muncul kata-kata kurang enak daripada sesetengah pihak yang mempersoalkan kedudukan foto yang Bella yang lebih menonjol memandangkan penyanyi lain yang terlibat sama lebih banyak memenangi banyak anugerah dalam industri muzik.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Instagram

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*