NASA Lancar Pertandingan Unik, Bagi RM13 Juta Kalau Ada Idea Uruskan Sampah Dan Sisa Manusia

Baru-baru ini, agensi angkasa lepas Amerika Syarikat (NASA) telah melancarkan satu pertandingan yang dianggap unik bernama LunaRecycle Challenge.

Memetik dari Tech Round, tujuan pertandingan itu dijalankan adalah untuk menguruskan sampah dan sisa manusia dengan menawarkan hadiah sebanyak USD 3 juta atau kira-kira RM13 juta.

lunar recycle challenge

NASA ingin mencari jalan penyelesaian inovatif dalam pengurusan sampah, termasuk sisa manusia yang telah ditinggalkan di Bulan sejak misi Apollo. Terdapat 96 beg sisa manusia yang ditinggalkan oleh angkawasan Apollo ketika misi ke Bulan.

Untuk mengurangkan berat kapal angkasa semasa ingin pulang ke Bumi, beg-beg sisa buangan serta pelbagai sampah lain dibuang dipermukaan Bulan.

LunaRecycle Challenge dibentuk untuk mencetuskan idea baru dalam pengurusan sampah di Bulan.

Menurut eksekutif program NASA, Amy Kaminski, mereka berharap agar pertandingan ini dapat mencungkil pendekatan yang inovatif dalam pengurusan sisa di Bulan dan idea yang diperoleh mungkin boleh digunakan untuk memajukan pengurusan sampah di Bumi juga.

Pertandingan ini terbuka kepada penyelidik, pereka, saintis dan sesiapa sahaja yang mempunyai idea yang kreatif dan inovatif untuk menangani masalah sisa di angkasa lepas.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Tech Round

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*