Isteri kepada pelakon aksi Hairul Azreen, Hanis Zalikha atau lebih dikenali sebagai Keknis mencuri tumpuan ramai hari ini apabila dia memuat naik foto Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Instagram miliknya.
Menerusi kapsyen Hanis, dia dan suami memberi bayangan meraikan kemenangan dan telah mendapat keadilan setelah sekian lama berjuang.
Lihat siaran ini di Instagram
Namun begitu, pasangan itu tidak mengulas lanjut mengenai kes sebenar yang mereka berdua perjuangkan sebelum ini.
Membelek foto hantaran tersebut, Hanis turut meletakkan foto beg barangan mewah namun tidak mendedahkan nama akaun sebenar.
Lihat siaran ini di Instagram
Menjengah ke ruangan komen, ramai pengikut media sosial pasangan itu menarik nafas lega kerana bukan foto Mahkamah Syariah yang menjadi fokus utama hantaran tersebut.
Nasib bukan gambar mahkamah syariah, bukan cerai.
Netizen juga dilihat beramai-ramai mengucapkan tahniah buat pasangan selebriti tersebut di atas kemenangan yang dicapai.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Instagram
Leave a Reply