Bell Ngasri Akui Gelabah Bakal Disaman, Lega Rosyam Nor Tahu Situasi Sebenar – ‘Saya Ini Penakut Sikit’

Pelawak dan pelakon, Bell Ngasri akui terkejut dan menggelabah apabila terpalit dengan isu yang mengatakan dirinya terlibat mengeluarkan kenyataan palsu berkaitan pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor.

Terkejut & gelabah

Walau bagaimanapun, pemilik nama Nasrizal Ngasri ini berasa lega kerana Rosyam tahu bahawa dirinya bukan individu yang terlibat mengeluarkan kata-kata fitnah itu di media sosial.

Kecoh bila Rosyam buat laporan polis dan tiba-tiba ada nama saya.

Bila pula saya bercerita tentang hal orang? Rupanya ‘fan page’ akaun palsu. Terus saya muat naik penjelasan di Instagram bagitahu bahawa akaun itu bukan saya.

Alhamdulillah rupanya dia (Rosyam) memang dah tahu itu kerja orang lain.

Tapi yang menggelupur saya seorang, fasal benda itu ramai pula guna nama artis untuk buat ‘fan page’ dan muat naik cerita mengarut yang ada unsur fitnah.

Bell berkongsi perkara tersebut pada majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36 yang diadakan di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), pada Jumaat.

Tak terfikir nak buat laporan polis

Ketika ditanya adakah dirinya mahu mengambil tindakan yang sama diambil Rosyam, pemenang Anugerah Bintang Popular ABPBH35 memaklumkan bahawa tidak tahu tindakan apa yang harus diambil mengenai isu tersebut.

Saya bukan tak nak ambil tindakan tapi saya tak tahu nak buat apa.

Sebenarnya saya dah pernah tegur jangan guna nama sebab bahaya tapi tiada apa-apa tindak balas.

Jadi bila Rosyam nak saman, saya jadi risau sebab saya ini penakut sikit.

Tapi tidaklah terfikir sampai nak buat laporan polis walaupun sekarang makin dipijak pula bila berdiam diri.

Terdahulu, Rosyam selesai membuat laporan polis berhubung tindakan beberapa individu yang didakwa menyebarkan kenyataan palsu berkaitan dirinya.

Sebelumnya, pelakon berusia 57 tahun turut berkongsi paparan skrin kenyataan yang kononnya telah memberi nasihat ‘pedas’ kepada Fattah Amin berhubung perceraiannya dengan pelakon, Nur Fazura.

Tindakan yang tidak bermoral itu sedikit sebanyak telah mencalarkan nama baiknya sebagai seorang bergelar selebriti.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : oh bulan

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*