[VIDEO] Syamsul Debat Pesan Bagi Nafkah Guna Cara ‘Online Transfer’ – ‘Biar Ada Bukti Kalau Dia Mengadu Kita Tak Bagi’

Di TikTok, tular perkongsian penceramah bebas iaitu Syamsul Debat mengenai nafkah suami kepada isteri.

Bagi nafkah ‘online’

@dakwahkesyurga

Isteri kene belajar bersyukur Inshallah akan dimurahkan rezeki 🤲🏻 #fyp #isteri #nafkah #syukur

♬ original sound – Aki Seruling – AKI Seruling

Menerusi hantaran dimuat naik @dakwahkesyurga, Syamsul berpesan kepada suami di luar sana untuk memberikan nafkah kepada isteri dengan menggunakan cara transaksi atas talian.

Untuk orang lelaki, nasihat saya jangan bagi (duit) di tangan tapi ‘transfer’ atas talian. Biar ada bukti.

Bila bergaduh, dia memang lupa. Nanti dia akan cakap, ‘Awak tak pernah bagi’.

Jadi, kita cetak ‘statement’ siap-siap sebab bila dia mengadu di mahkamah kita tunjuk ja bukti.

Hakim tak cakap suruh bagi mewah, tapi Hakim suruh bagi ikut kemampuan.

Bila isteri reda, murah rezeki

Tambah penceramah berusia 47 tahun itu, seseorang isteri perlulah mengamalkan sikap reda supaya keharmonian dalam berumah tangga sentiasa terjaga.

Bila isteri reda atas kesusahan suami walaupun bagi sikit tetapi dia tetap terima, insya-Allah akan dimurahkan rezeki.

Tetapi bila isteri ambil ringan, mempertikai serta memperkecilkan.

Tiba-tiba datang orang ketiga yang sanggup bersusah payah dengan suami. Masa itu mereka akan salah semua perkata, orang itu perampaslah, tak eloklah dan tak guna.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :: TikTok

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*