[VIDEO] KJ Kongsi Kemenangan Dengan Keluarga Di Konti, Beri Bayangan Akan Kembali Ke Dunia Politik – ‘Saya Singgah Sekejap Saja Di Sini’

Penyampai radio Hot FM, Khairy Jamaluddin yang lebih mesra disapa KJ meluahkan rasa syukur selepas memenangi trofi Penyampai Radio Paling Popular pada Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36.

Terima kasih pengundi!

Ketika ditemui, pemilik nama Khairy Jamaluddin Abu Bakar menitipkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat semua pihak yang menyokongnya sehingga berjaya meraih trofi kemenangan tersebut.

Alhamdulillah atas kemenangan ini. Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang mengundi terutama sekali buat Berita Harian dan TV3.

Ini (penyiaran radio) bukanlah dunia saya, saya datang dari dunia yang lain tetapi dalam masa setahun, saya dah boleh belajar banyak benda dalam dunia baharu ini bersama dengan rakan-rakan yang banyak membantu.

Kemenangan ini adalah kemenangan kami semua dan saya dedikasikan untuk semua keluarga di Hot FM.

KJ berkongsi perkara tersebut pada sesi sidang media ABPBH 36 yang diadakan di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Jumaat.

Menang kerana bimbingan rakan

Tambah KJ, kemenangan yang diraihnya itu adalah disebabkan oleh tunjuk ajar yang diberikan rakan-rakan penyampai radio iaitu AG, Johan dan Fara Fauzana sepanjang mereka bekerjasama.

Sebagai orang baru dalam bidang media dan hiburan, saya memang tidak layak kalau tidak kerana sokongan dan bimbingan daripada rakan-rakan saya.

Cabaran sepanjang setahun ini ialah saya perlu belajar perkara yang kita tak tahu macam hari pertama di sekolah.

Cara pembawakan dan penyampaian dunia lama saya sangat berbeza dan saya terpaksa untuk belajar dengan cepat.

Sebab itu saya tujukan kemenangan ini terutamanya buat rakan-rakan saya di konti seperti AG, Fara Fauzana dan Johan kerana mereka telah menjadi guru kepada saya.

Kemenangan saya ini juga disebabkan oleh guru yang bagus dan berjaya memberikan kemahiran baharu buat saya.

Ketika ditanya mengenai penglibatannya dalam bidang penyiaran radio, bekas Ahli Parlimen Rembau ini berasa begitu gembira dan menganggap percubaannya itu tidak sia-sia dan membuahkan hasil sehingga berjaya memenangi trofi.

Walau bagaimanapun, KJ memaklumkan bahawa perjalanannya sebagai seorang penyampai radio mungkin tidak akan kekal lama dan merancang mahu kembali ke kancah politik satu hari nanti.

Tak sia-sia saya melangkah masuk dalam dunia penyiaran radio ini sebab nampak okay (siap menang anugerah).

Cuma, saya rasa hanya ‘singgah’ sekejap saja di dunia baharu ini.

Mungkin saya akan kembali ke alam semula jadi saya pada waktu yang sesuai tetapi bila waktunya itu, saya tak tahu.

Saya seronok dengan apa yang saya buat ketika ini.

Sekadar info, KJ berjaya meraih undian tertinggi dan menewaskan empat lagi calon lain bagi kategori Penyampai Radio Paling Popular iaitu Dj Sonic, Haiza, Tyzo dan Sharifah Shahirah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : oh bulan

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*