“Apa Nak Jadi Netizen Malaysia Ni? Lantaklah Dia Nak Tulis Apa” – Mona Allen Berang Suami Dituduh Jadi Batu Api Isu Cerai Fattah Dan Fazura

Pelakon Mona Allen semalam meluahkan rasa berang apabila suaminya, pelakon Pekin Ibrahim dituduh menjadi batu api gara-gara memberi komen mengenai sikap Fattah ketika bekerja.

Difahamkan, Mona Allen menerima teguran tersebut daripada seorang individu menerusi satu hantaran komen di Instagram.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Mona Allen🌙 (@mona.allen)

Salam sis, tolong nasihatkan suami sis tu janganlah jadi batu api. Dia hanya kenal Fattah sebagai kawan tapi yang tidur sebantal dan serumah dengan Fazura adalah Fattah, bukan dia.

Tak perlu nak ‘back up’ siapa-siapa pun dalam hal rumah tangga orang.

Berikutan itu, Mona tampil membidas kenyataan individu itu dan mempertahankan suaminya.

Mona allen bidas kenyataan netizen

Apa nak jadi dengan netizen Malaysia ni? Apa yang batu api? Bukankah dalam Islam kita harus berkata yang baik-baik sahaja.

Apa yang suami saya katakan tentang Fattah, adakah satu penghinaan? Saya bukan penasihat suami saya, lantaklah dia nak tulis apa.

Terdahulu, Pekin mendakwa Fattah adalah seorang suami yang baik kerana sering meluahkan rasa rindu apabila terpaksa berjauhan dengan isteri dan anak.

Pekin juga menganggap tuduhan Fattah berlaku curang adalah satu tuduhan yang berat dan tidak munasabah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Instagram

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*