Imam Masjid M4ut Dalam Kemalangan Selepas Pulang Melawat Isteri Baru Bersalin Di Hospital

Usai melawat isterinya yang baru sahaja melahirkan cahaya mata mereka di Hospital Seri Manjung, imam Masjid As-Siddiq, Seri Iskandar, Ustaz Nurul Kamal Zulkarnain, 37, menemui ajal selepas terlibat dalam satu kemalangan ketika dalam perjalanan pulang.

Kenderaan utiliti sukan (SUV) Perodua Kembara dipandunya telah terbabas di Lebuhraya Pesisir Pantai Barat (WCE) arah Utara, dekat Sitiawan dan meragut nyawanya.

imam masjid maut

Difahamkan, mangsa yang juga merupakan Guru Takmir Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Seri Iskandar sedang dalam perjalanan pulang ke Seri Iskandar untuk menjemput anak yang lain di sekolah.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata kenderaan itu terbabas ke kawasan ladang kelapa sawit di tepi lebuh raya tersebut.

Mangsa tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).

kereta imam terbabas maut

imam masjid maut kemalangan balik hospital

Tambahnya, lapan anggota bomba yang tiba di lokasi telah bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas dan mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Harian Metro

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*