HANTARAN adik ipar kepada pelakon Fattah Amin iaitu Wan Aslam Zakaria mencuri perhatian netizen sehingga ruangan komen dibanjiri pelbagai kata-kata semangat ditujukan kepada bekas suami Nur Fazura itu.
Dalam hantaran berkenaan, Wan Aslam berkongsi gambar Fattah bersama ibu bapa sejurus selesai prosiding cerai yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada Isnin.
Malah suami kepada adik perempuan Fattah ini turut menitipkan doa agar aktor itu kekal tenang dan segala urusannya dipermudahkan.
Isu Fattah dan Fazura hangat diperkatakan di media sosial.
“Bodyguard Along (Fattah), cukuplah bawa ibu dan ayah tercinta.
“Kekal tenang dan senyum. Insya-Allah, Allah permudahkan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook miliknya pada Isnin.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan Fattah tabah hadapi ujian hidup dan dipermudahkan urusan selepas ini.
“Semoga tabah hadapi dugaan, ingat semua kita ada Fattah Amin yang perlu dihalalkan.
“Johnny Depp versi Malaysia, semoga urusan Fattah selepas ini dipermudahkan.
“Muka seiras ayah, kekal tabah dan maju ke hadapan, saya tak pernah ambil tahu hal artis tapi kali in saya rasa terkesan dengan kes Fattah,” tulis netizen.
Sebelum ini, Fazura secara terbuka mendedahkan sikap curang Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 34, menjadi salah satu punca dia menuntut cerai di mahkamah.
Malah, pelakon itu turut menyebut beberapa faktor lain iaitu isu nafkah dan tiada persefahaman.
Ada peminat berseloroh mengatakan Fattah seperti Johnny Depp.
Untuk info, Fattah dan Fazura bercerai talak satu sekitar pukul 9.45 pagi pada Isnin di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.
Hail perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
sumber: Mstar
Leave a Reply