Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap pembunuh usahawan wanita, Datuk Sosilawati Lawiya 14 tahun lalu.
Pesalah yang juga bekas peguam dan pekerja ladang bersama-sama tiga pembantunya kekal dihukum gantung sampai mati.
Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat selepas menolak permohonan semakan hukuman mati bekas peguam N, Pathmanabhan,54, dan pekerja ladang T. Thilaiyalagan,32, untuk mengetepikan hukuman gantung itu.
Sementara itu, anak kepada Allahyarham Sosilawati, Datin Rita Sosilawati meluahkan rasa syukur di atas keputusan Mahkamah Persekutuan itu hari ini.
Lihat siaran ini di Instagram
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar. Alhamdulillah. Baru dapat keputusan tadi hukuman mati dikekalkan.
Allahyarham Sosilawati Lawiya mati dibunuh di mana mayat mangsa telah dibakar di hartanah milik Pathmanabhan di Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Instagram
Leave a Reply