KEMELUT rumah tangga pasangan pelakon Nur Fazura dan Fattah Amin akhirnya menemui titik noktah apabila mereka sah bercerai talak satu pada pagi Isnin.
Fattah, 34, melafazkan cerai terhadap Fazura, 41, kira-kira pukul 9.45 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di Shah Alam.
Lafaz itu dibuat di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malek Soleh.
Sedih dengan perpisahan itu, Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, tidak dapat menahan sebak tatkala bertemu media di luar mahkamah.
Fazura hadir bersama enam orang pengawal peribadi
“Saya tak sedih dengan penceraian ini. Keputusan dibuat bukan dalam masa sekejap.
“Saya dah sengsara bertahun-tahun. Saya dah fikir panjang. Saya reda,” katanya.
Dalam pada itu, Fazura memberitahu antara alasan dia memfailkan cerai menyebut bekas suaminya itu gagal memberi nafkah selain bersikap curang dalam perkahwinan.
“Fattah abaikan nafkah untuk saya dan Fatima (anak). Kami tidak sefahamam lagi. Saya dah lama tidak bahagia.
“Memang Fattah berlaku curang. Saya ada bukti,” ujarnya.
Fazura pada 13 September lalu memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah di mahkamah sama.
Untuk rekod, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 4 tahun.
Sumber: mstar
Leave a Reply