“Kereta Range Rover Bukan Hadiah, Jangan Main Sentimen Tidak Beri Nafkah, Saya Ada Bukti” – Fattah Amin

Pelakon Nur Fazura sebelum ini mendedahkan beberapa sebab dia mengambil keputusan untuk memfailkan perceraian terhadap bekas suami, Fattah Amin.

Dalam sidang media pagi ini, Fazura berkata antara sebab dia nekad bercerai adalah kerana Fattah culas membayar nafkah buat dirinya dan anak mereka, Nur Fatima.

Namun begitu, Fattah yang turut sama berada di mahkamah menafikan dakwaan tidak memberi nafkah malah mempunyai penyata bank yang menunjukkan pengeluaran duit untuk kegunaan keluarga.

Saya nafikan semua dakwaan dia. Jangan main sentimen tidak beri nafkah, saya ada bukti ke mana wang saya dikeluarkan.

Mungkin dia rasa tidak cukup untuk dia, tapi jangan cakap saya tak bagi nafkah. Nafkah seperti mana kita semua tahu, nafkah adalah perkara asas setakat mana ikut kemampuan.

Mengulas lanjut dakwaan Fazura yang mengatakan dia ada memberi hadiah berupa kereta Range Rover dan mendakwa Fattah pernah membawa seorang wanita dalam kereta yang sama turut disangkal aktor itu.

Kereta Range Rover dihadiahkan kepada saya? Salah! (bukan hadiah). (Kereta) Itu adalah daripada syarikat kerana saya bekerja dengan syarikat Fazura.

Semua orang tahu saya bekerja dengan syarikatnya. Gaji saya ditolak untuk bayar kereta itu. Janganlah ungkit perkara tidak sepatutnya.

Sekadar info Fattah dan Fazura telah bercerai secara baik pada Isnin, 7 Oktober 2024 dengan talak satu.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Fattah Amin (@fattahaminz)

Rumah tangga yang hanya bertahan selama 7 tahun itu diserikan dengan kehadiran seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia 4 tahun.

Punca cerai fazura dan fattah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Instagram

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*