PELAKON Rita Rudaini terpaksa menanggung kos perubatan anak sulungnya iaitu Airit Rayan Rizqin yang mengalami patah tangan disebabkan remaja itu tidak mempunyai insurans.
Jelas Rita atau Rita Rudaini Mokhtar, 48, insurans anakya sebelum in sudah luput sekitar 13 tahun lalu dipercayai tiada pembayaran premium bulanan dihentikan.
“Kos rawatan Rayan daripada mula patah tangan sampailah buka ‘plate’ Mommy (panggilan Rita) tanggung sendiri, bukan insurans.
Rita tanggung kos rawatan Rayan sendiri tanpa insurans.
“Sebelum ini Rayan ada insurans sejak bayi tapi saya tak pernah guna sebab saya tak pegang.
“Insurans itu rupanya sudah luput hampir 13 tahun sebab pembayarnya sudah berhenti bavar, katanya.
Rita berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran Instagram miliknya pada petang Ahad.
Dalam pada itu, Rita mendakwa masalah timbul apabila ‘pembayar’ insurans anakya enggan memberi kerjasama dengan menandatangani dokumen bagi menutup akaun tersebut.
Jelas Rita, keengganan individu tersebut berbuat demikian menyebabkan Rayan tidak dapat mendaftar polisi insurans baharu di bawah syarikat sama dengannya dan anak bongsu.
“Sebelum ini sava ada ambil insurans lain tapi sudah luput ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan selepas itu saya buat keputusan untuk buat baru tapi dengan syarat akaun yang luput 13 tahun itu perlu ditutup terlebih dahulu.
“Malangnya manusia yang buka akaun itu tidak mahu bagi kerjasama dengan tandatangan tutup akaun walaupun tanda tangan itu percuma.
“Ejen sudah terangkan dan nasihat manusia terbabit… Jadi tak dapatlah nak ambil insurans syarikat sama dengan Mommy dan adik Rayyan,” jelasnya.
Insurans itu rupanya sudah luput hampir 13 tahun sebab pembayarnya sudah berhenti bayar
PELAKON
RITA RUDAINI
Walaupun tidak menyebut sebarang nama, namun untuk mengambil polisi insurans anak-anak hanva boleh dilakukan oleh ibu bapa pemohon.
Sementara itu, Rita tetap meluahkan rasa syukur apabila proses pembedahan tangan kanan Rayan yang patah semasa bermain bola sepak sudah selesai.
“Alhamdulillah semuanya sudah selamat. Hampir seminggu Mommy dan adik berumah tangga di hospital.
“Terima kasih adik korbankan masa sekolah dan aktiviti bersama Mommy jaga abang Rayyan,” ujarnya.
Rita dan Arjuna setia menemani Rayan di hospital.
Untuk rekod, Rita pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak iaitu Aidil Zafuan pada 2008 namun mereka bercerai pada September 2013.
Hail perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki jaitu Airit Rayyan Rizqin, 1 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 13.
sumber: mstar
Leave a Reply