PENYANYI rap Caprice kecewa dengan sikap segelintir masyarakat Malaysia yang cepat menjatuhkan hukum susulan sekumpulan warga Pale.stin membuat kecoh di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) baru-baru ini.
Caprice atau Ariz Ramli, 36, berkata, orang ramai tidak sepatutnya terus menjatuhkan hukum terhadap kes terpencil tersebut sehingga ada menggesa kerajaan menghantar mereka pulang ke Pales.tin.
Kata Caprice, jangan disebabkan sebuah keluarga menimbulkan masalah membuatkan masyarakat lupa tentang 40,000 umat Islam yang terkorban di Palest..in akibat kekejaman Zio.nis.
“Jangan disebabkan satu keluarga buat hal, kita lupa seramai 40,000 umat Islam di Pale.stin dikorbankan.
Caprice menganggap situasi yang berlaku sebagai ujian untuk rakyat Malaysia.
“Korang (netizen) ni mudah sangat koyak, kerana satu keluarga buat tapi korang boleh marah seolah-olah mereka in penjenayah.
“Apa beza kata-kata korang kepada orang Pal.estin dengan kata-kata orang Zio.nis terhadap rakyat Pales.tin?” katanya.
Caprice berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instastory miliknya.
Dalam pada itu, Caprice berpendapat situasi itu berlaku mungkin disebabkan mereka mula tertekan atau kesan trauma dialami akibat peperangan.
“Allah uii kita dengan perkara paling remeh, satu keluarga buat hal yang mengakibatkan sebuah pasu pecah. Tapi satu Malaysia ‘goyang’ nak halau mereka balik Pales.tin.
“Mungkin wanita itu tertekan, kita tidak tahu. Negara mereka sekarang sedang berperang, G.aza itu sudah musnah. Kita tidak tahu trauma apa dia lalui, ujarnya.
Caprice bagaimanapun tidak bersetuju dengan tindakan wanita warga Pale.stin itu membuat kekecohan namun kecewa dengan sikap masyarakat Malaysia yang tidak mempunyai pendirian dalam membantu umat Islam yang sedang ditimpa musibah.
“Sava tidak katakan apa dia lakukan (mengamuk) itu betul tetapi saya ingin tegur tentang reaksi masyarakat kita.
“Jujur saya cakap ramai orang kita lemah, kononnya terpaling Pale.stin (menyokong) tetapi sebenarnya korang terpaling lemah,” katanya.
Sekumpulan warga Pale.stin yang membuat kekecohan di WTKL baru-baru ini.
Sebelum ini, tular di media sosial apabila sekumpulan warga Pale.stin yang dibawa masuk ke negara ini untuk mendapatkan rawatan membuat kekecohan di WTKL.
Menerusi perkongsian video tersebut, seorang wanita didakwa bertindak kasar dengan membaling selipar dan merosakkan harta benda premis berkenaan.
Difahamkan situasi tersebut berlaku kerana mereka kecewa tidak dibenarkan untuk menginap di luar WTKL.
Untuk info, pada 16 Ogos lalu, seramai 127 warg Pale.stin termasuk 41 pesakit yang cedera akibat serangan Isra.el di Semenanjung G.aza.
sumber: mstar
Leave a Reply