Tular di media sosial tentang rokok elektronik atau vape yang menggunakan bentuk barang yang boleh mengelirukan ramai terutamanya golongan remaja dan kanak-kanak.
Vape yang dijual di pasaran kini sudah direka dengan pelbagai design dan antaranya adalah gam UHU serta marker Artline.
Hal itu membimbangkan dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) tampil menggesa kerajaan mengeluarkan garis panduan khas kepada industri rokok elektronik.
Pegawai Pendidikan CAP dan aktivis antimerokok, N V Subbarow berkata, pada masa ini banyak bentuk vape yang mengelirukan pengguna dijual berleluasa di pasaran.
Sekarang semakin banyak ‘inovasi’ vape yang berbentuk telefon bimbit, jam, rantai kunci serta alat tulis mudah didapati di kedai. Ini amat membimbangkan kerana taktik seumpama ini seolah-olah hendak menarik perhatian golongan muda terutama pelajar.
Susulan itu, CAP mencadangkan agar kerajaan dapat mengeluarkan garis panduan khas dalam usaha mengekang isu vape dikeluarkan dalam pelbagai rupa mengelirukan.
‼️Mohon ibu bapa dan guru guru tolong alert dengan design v*pe
Sekali pandang memang nampak macam pen marker dan gam uhu. Rekabentuk pensil 2B pun ada! pic.twitter.com/CTeMjBGlks
— Public Health Malaysia (@health_malaysia) October 3, 2024
Tambahnya, kebimbangan itu disuarakan oleh guru dan ibu bapa kepada CAP memandangkan rokok elektronik tersebut mudah didapati di pasaran.
Guru tidak boleh buat apa-apa, malah jika tindakan merampas vape itu dilakukan pun, tetapi pada akhirnya mereka perlu serahkan kepada ibu bapa juga.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Berita Harian
Leave a Reply