Lapor media Thailand, sebuah bas sekolah yang membawa 6 guru dan 39 pelajar dilaporkan terbakar di Jalan Vibhavadi Rangsit, Bangkok.
Insiden itu dilaporkan telah mengorbankan 22 pelajar dan 3 guru pengiring.
Menurut Pemangku Pesuruhjaya Polis Diraja Thailand, Pol. Gen. Kittharath Punpetch, punca kebakaran bas tersebut adalah disebabkan tayar meletup.
Berdasarkan keterangan saksi dan rakaman CCTV, kebakaran dipercayai tercetus akibat tayar meletup.
Letupan itu dikatakn mencetuskan percikan api yang menyambar tangki gas, menyebabkan kebakaran merebak dengan cepat ke seluruh bas.
Difahamkan, pihak polis sedang dalam proses mengenal pasti kesemua identiti mangsa, pemandu, syarikat serta individu-individu yang bertanggungjawab dalam insiden tragis ini.
Polis mengutamakan usaha menyelamat dan memberi sokongan kepada pelajar serta keluarga yang terjejas. Mayat mangsa telah dipertemukan, namun jumlah kematian yang tepat belum dapat disahkan kerana ada mangsa yang masih terperangkap di bawah tempat duduk.
Pemandu bas dipercayai melarikan diri dari tempat kejadian. Polis sedang giat mengesan pemandu itu, dan syarikat bas bersama-sama individu yang bertanggungjawab boleh berdepan tindakan jika didapati cuai.
Pihak polis bersama-sama pasukan forensik juga sedang mempercepatkan proses pengecaman supaya keluarga mangsa dapat mengadakan upacara pengebumian mengikut agama mereka.
VIDEO
@hmetromy Sebuah bas membawa 44 pelajar dan guru yang dalam perjalanan sekolah di Thailand terbakar dan sehingga 25 orang dikhuatiri maut. BeritaTikTok
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Facebook
Leave a Reply