“Saya tahu akan dibenci” – Pengantin perempuan buat pengakuan, orang ketiga punca tak muncul majlis kahwin!

KETERUJAAN satu pasangan untuk bersanding di pelaminan indah bertukar mimpi ngeri apabila majlis perkahwinan yang dirancang dibatalkan pada saat akhir.

Majlis yang sepatutnya diraikan dengan gilang-gemilang it terkubur selepas seorang wanita mengaku dia tidak muncul untuk disatukan bersama bakal suami.

Berkongsi cerita, wanita berkenaan mendedahkan dia sepatutnya melangsungkan perkahwinan bersama tunangnya tetapi membuat keputusan tergempar dengan menghilangkan diri.

“Saya patut bersama dengan bakal suami pada hari berkenaan, tapi saya tak datang majlis berkenaan,” katanya tanpa mendedahkan bila dan lokasi mailis yang sepatutnya berlangsung itu.

Sejumlah wang sudah dibelanjakan untuk melangsungkan majlis perkahwinan. – Gambar hiasan

Menerusi satu luahan di laman X, wanita tersebut menjelaskan bahawa dia bukanlah hati kering atau bertindak kejam dengan sengaja membatalkan majlis yang sudah lama dirancang, tetapi hatinya berbolak-balik.

Memberi alasan malu dengan sikap sendiri, wanita itu beranggapan dia tidak layak bergelar isteri kepada tunangnya itu.

Malah, wanita berkenaan tidak segan untuk mendedahkan ada lelaki lain yang turut hadir dalam hidupnya.

“Saya malu sebab perangai saya. Saya dalam delusional mode, di mana saya perlu pilih dia atau lelaki kedua. Kedua-duanya ajak kahwin.

“Saya tahu orang akan benci saya di atas perbuatan saya ini, tapi hati dan perasaan saya juga penting,” ujarnya.

Majlis dah siap baru nak tukar fikiran..
ada ciri-ciri sakit jiwa.

WARGA MAYA

Tambah wanita tersebut, jauh di sudut hatinya dia terkilan apabila tunangnya itu kerugian puluhan ribu ringgit gara-gara majlis perkahwinan dibatalkan pada saat akhir.

“Saya rasa sangat bersalah. Dia dah habiskan RM20,000 untuk majlis tu. Akhirnya jadi doa selamat je… saya minta maaf,” luahnya lagi.

Seorang lelaki bersedih berhadapan dengan dugaan berat. – Gambar hiasan

Menerusi ruangan komen, pengakuan wanita itu ternyata membangkitkan kemarahan warga maya yang menyifatkan dia sebagai mementingkan diri sendiri.

Pada masa sama, mereka turut bersimpati terhadap kedua-dua lelaki yang disukainya, terutamanya yang terpaksa menggantikan majlis perkahwinan dengan doa selamat.

“My feelings matter too? Habis tu vang lelaki tu tak ada perasaan ke? Kau setuju nak kahwin daripada awal kenapa? Dasar tak sedar diri.

“Sebelum nak kahwin, kenapa tak fikir betul-betul? Hari kahwin baru awak batal. Memang aniaya orang. Semoga awak disaman pengantin lelaki dan lelaki yang ajak awak kahwin tu batal nak kahwin dengan awak.

“Kalau dah tak nak tu cakaplah siang-siang. Majlis dah siap baru nak tukar fikiran. Ada ciri-ciri sakit jiwa. Dia menyusahkan orang tak kira, cuma dia punya perasaan je kira, demikian antara komen warga maya.

sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*