Sedia maklum, semalam kecoh di media sosial kisah mengenai seorang ibu sebak mengumumkan kepada tetamu yang hadir bahawa majlis kahwin anak lelakinya digantikan dengan majlis doa selamat, didakwa pengantin wanita membatalkan majlis perkahwinan di saat akhir.
Ibu pengantin lelaki akui sayang bakal menantu
@shaaezy Tak semua org direzekikan dpt mentua yg ckp sopan soft spoken, baik,sporting,sayang kasihkan menantu mcm ank sendiri. Dari cara umi ckp pn i know she love u very much girl. Moga dipermudahkan segala urusan #janganmenyesal #kifarahallahituwujud #ujianhidup #semogatabahmenghadapiujian #fypppppppppppppp #fyppppp
Tampil di dalam live TikTok, ibu kepada pengantin lelaki mengakui amat menyayangi bakal menantunya dan akui sudah menyukai wanita itu sejak bertemu untuk kali pertama hingga tak menyangka hubungan mereka tidak berakhir di jinjang pelamin.
Ibu pengantin lelaki yang bernama Tengku Norma Tengku Arshad tampil memaklumkan dia amat menyanyangi pilihan anaknya itu sehingga setiap apa yang diberi atau bercuti bersama anak-anak, pasti wanita itu turut ada.
Keperibadian dan perwatakan dia memang tiada masalah. Zaman sekarang, susah nak cari yang beradab dan berbudi bahasa. Kalau keluar makan, dia akan ambilkan gelas, everything is nice and proper.
Puan Norma berkata lagi bahawa dia berasa sedih melihat ujian yang dilalui oleh anak dan menjelaskan Adam kelihatan tenang serta tidak marah kerana telah memaafkan biarpun perkara yang dilalui amat menyakitkan.
Ibu mentua idaman wanita
Susulan video tersebut tular, rata-rata netizen menganggap Puan Norma sebagai ibu mentua idaman wanita kerana masih bersikap sopan walaupun diuji hal yang sangat menyedihkan buat anak dan keluarga.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : tiktok
Leave a Reply