“Pengantin Perempuan Batal Saat Akhir..” – Ibu Sebak Umum Kepada Tetamu Majlis Kahwin Anak Lelaki Diganti Dengan Doa Selamat

Baru-baru ini, tular video di platform media sosial memaparkan seorang ibu yang berasa sebak ketika mengumumkan kepada tetamu bahawa majlis perkahwinan anak lelakinya tidak dapat dilangsungkan, sususlan calon isteri membatalkan perkahwinan di saat akhir.

@ibumateenanaqi

Replying to @Diana.Azmi Adam akan explain sendiri bila masanya tiba. but ini adalah 1% from the story. adam strong walaupun semua yang hadir hampir menitiskan air mata 🙂

♬ original sound – ibumateenanaqi – ibumateenanaqi

 

Bagaimanapun, keluarga pengantin lelaki bernama Adam itu enggan membatalkan majlis kerana segala persiapan sudah lengkap dan mereka membuat keputusan mengantikan majlis perkahwinan dengan majlis doa selamat yang diketuai oleh seorang ustaz serta anak-anak maahad tahfiz.

Saya tidak dapat membatalkan majlis kepada jemputan kerana ketika itu saya tidak mempunyai kekuatan. Saya juga tidak mampu untuk menjawab setiap soalan yang akan ditanya oleh jemputan.

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen turut berasa simpati atas hal yang menimpa pengantin lelaki serta keluarganya.

komen

Dalam pada masa yang sama, ada juga beberapa netizen yang memberi cadangan kepada Adam untuk mengambil tindakan undang-undang sebagai pengajaran buat pengantin perempuan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : tiktok

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*