BERITA pelakon Marissa Haque yang meninggal dunia secara mengejut amat dirasai oleh peminat dan ahli keluarga.
Allahyarham Marissa menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 12.45 awal pagi Rabu di kediamannya di Jakarta Indonesia.
Marissa, 61, tidak menunjukkan sebarang gejala sakit dan dia sempat keluar bersama ahli keluarga yang lain sehari sebelum disahkan meninggal dunia.
Marissa bersama suami dan dua anakya.
Menurut adik kepada Allahyarham iaitu Soraya Haque, kakakya itu ditemukan tidak bernyawa di rang tingkat dua rumahnya sebelum dibawa ke hospital bagi pemeriksaan dan pengesahan kematian.
“Tiada sebarang gajala sakit. Malah mereka sempat melakukan aktiviti bersama keluarga di luar. Kakak saya dikatakan tidak lagi bergerak di ruang atas rumahnya. Dia ditemukan oleh ahli keluarga lain,” ujarnya.
Berkongsi kesedihan sama, rakan Allahyargam iaitu pelakon Inggrid Kansil memberitahu Marissa sering berkongsi kisah kematian sejak kebelakangan ini.
Malah dia juga pernah menyebut untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Tanah Kusir, Jakarta.
“Kalau dengar cerita rakan-rakan lain, dia sering menyebut tentang kematian. Kalau dia meninggal dunia dia mahu dikebumikan di Tanah Kusir,” ujarnya.
Selain berlakon Marissa juga merupakan seorang ahli politik dan pensarah di sebuah universiti.
Dia sebelum ini pernah memenangi kategori Pelakon Pembantu Terbaik di Festival Filem Indonesia.
sumber: mstar
Leave a Reply