Sedia maklum, kehilangan seorang pesara kewangan Felcra iaitu Sabari Baharom, 62, sejak 4 September menjadi perhatian ramai dan akhirnya terjawab selepas lelaki terbabit disahkan dibunuh dan mayatnya dicampak ke dalam Sungai Padang Terap, Jitra.
Namun begitu, mayat Sabari masih belum ditemui oleh pihak polis hingga kini dan usaha mencari sedang dijalankan.
Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh, mesteri kehilangan Sabari terjawab selepas pihaknya berjaya menangkap dua suspek yang disyaki terlibat dalam kes ini, Jumaat lalu.
Hasil soal siasat yang dijalankan merekodkan pengakuan oleh kedua-dua suspek tersebut bahawa mangsa telah dicampak ke dalam Sungai Padang Terap, Jitra dengan tangan diikat dan mulut ditutup menggunakan pita pelekat.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : utusan
Leave a Reply