MENGENAKAN pakaian yang sesuai mengikut majlis adalah penting agar tidak kelihatan canqgung dan berbeza berbanding tetamu lain.
Pakaian sopan menunjukkan rasa hormat kepada tuan rumah dan menambah seri dalam sesebuah majlis tersebut.
Namun sayangnya, masih ada tetamu yang mengenakan pakaian tidak sesuai seperti selipar, jersi, atau cetakan gambar keterlaluan pada pakaian ketika bertandang ke majlis tertentu seperti kenduri kahwin.
Tindakan ini bukan sahaja mengganggu suasana tetapi juga merosakkan gambar kenangan yang ingin disimpan pengantin.
Dalam satu hantaran di TikTok, seorang jurugambar majlis perkahwinan, Zeecoooo menegur sikap segelintir tetamu khususnya kaum lelaki yang dilihat tidak sensitif dengan etika berpakaian.
Menggayakan selipar dan jeans lusuh ke mailis rasmi adalah tidak sesuai.
“Orang lelaki tolong pakai kasut jika anda hadir majlis perkahwinan.
“Pakai selipar memperlihatkan anda tidak beretika.
“Orang perempuan boleh je pakai lawa-lawa, kenapa lelaki pakai selipar?” katanya sambil berkongsi contoh penampilan tetamu lelaki pada majlis yang dihadirinya.
Kata pemuda itu, pilihan pakaian seperti baju kemeja yang dipadankan bersama seluar slack secara kasual serta kasut bertutup adalah pilihan bijak dan kemas.
Untuk pengajaran kita semua, sebelum menghadiri kenduri kahwin semaklah pakaian yang ingin dipakai.
Pastikan ia bersesuaian dan paling penting, datanglah dengan berkasut untuk meraikan pasangan pengantin dengan penuh etika dan menghormati tuan rumah.
Leave a Reply