“Wahai Pelaku, Peng4niaya, Mahupun Pemfitn4h Sekalian..” – Ibu Zayn Rayyan Kongsi Hantaran Az4b Allah Terhadap Pemfitn4h

Ibu kepada kanak-kanak autistik Allayarham Zayn Rayyan Abdul Matiin yang dibunuh kejam iaitu Ismanira Abdul Manaf,29, dilihat kembali aktif di Instagram.

Terbaru, Ismanira ada berkongsi empat hantaran mengenai seksaan dan azab Allah terhadap golongan pemfitnah.

Dia juga menggunakan tanda pagar #justice4zaynrayyan dalam hantaran tersebut.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Izz Manaf (@izzmanaf)

Wahai pelaku, penganiaya, mahupun penfitnah sekalian. Sesungguhnya sudah aku adukan semuanya kepada penciptaku. Sekaran urusanmu bukan lagi denganku, tapi dengan penciptaku, Allah S.W.T.

Perlakuan dan perkataanmu menembus hati, semoga doa-doaku menembus langit. Kalau kamu sudah hebat untuk menyakiti hati orang lain, berarti kamu sudah cukup kuat untuk menerima balasan dari-Nya.

Manakala di ruang biografi, Ismanira juga mendoakan agar pelaku yang menganiaya anaknya itu tertangkap dengan segera.

Semoga pelaku yang menganiaya anakku Zayn Rayyan bin Zaim Ikhwan tertangkap dengan segera, Aamin Ya Rabb Ya Mujib.

Terdahulu, Ismanira dan suami, Zaim mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan mengabaikan Zayn Rayyan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.

Tanggal 6 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemui maut di sebatang anak sungai dalam keadaan menyayat hati di Apartment Idaman, Damansara Damai.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Instagram

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*