Pempengaruh Marissa Dania akhirnya bersuara tentang dakwaan bahawa dia megetepikan ibunya, pelakon Abby Abadi dalam berbagai hal sehingga membuatkan aktres itu terasa hati.
Tegasnya, dia tidak pernah ketepikan ibu dan tiada niat untuk merahsiakan berita bahawa bayi sulungnya meninggal dunia bulan lalu.
Mama tak tahu awal sebab Aslam lebih rapat dengan papa. Dia lebih selesa dengan papa, lelaki dengan lelaki kan. Itulah sebabnya.
Dia banyak berinteraksi dengan papa dan ayahnya. Itu saja, Tak bermaksud ketepikan mama.
Marissa turut mengulas tentang komen ditinggalkannya di Instagram kepada ibunya yang tidak membalas mesej di Whatsapp.
Komen saya di Instagram tentang mama tak balas Whatsapp tu tak ada pun, Hanyalah untuk bergurau, kami okay saja, tak ada apa apa pun.
Marissa juga berkata dia dan suami, Aslam reda dengan pemergian bayi mereka dan berkata mereka akan terus kuat berdepan ujian.
Tentulah kami sedih kerana kehilangan anak. Tapi saya dan suami kena kuat. Kini, kami okay. Kami bersama-sama mengharungi dugaan ini dan anggap dah tak ada rezeki, nak buat macam mana? Doakan kami.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Xtra
Leave a Reply