PU Azman hari ini dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dan dua sebatan selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki, dua tahun lalu.
Seperti yang ramai netizen tahu, Caprice antara individu yang lantang bersuara mengenai isu ini dan memperjuangkan nasib-nasib mangsa namun dia dikecam kerana dikatakan membuka aib.
Terbaru, menerusi hantaran di Instagram Caprice meminta sesiapa yang menuduhnya membuka aib supaya memeriksa ‘track record’ pendedahan yang telah dibuatnya.
Menurut aktivis kemanusiaan ini, setakat ini empat kes yang disuarakan olehnya sebelum ini sudah mendapat perhatian pihak polis dan keadilan di mahkamah.
Lihat siaran ini di Instagram
“Periksa rekod saya dahulu sebelum kamu nak bercakap tentang AIB,” tulis Caprice di kapsyen.
Sementara itu, menerusi komen ramai yang menyebelahi Caprice dan berterima kasih kepadanya kerana lantang bersuara tentang isu-isu berkaitan jenayah seksual membabitkan individu dikenali.
Sesetengah netizen mengkritik mereka yang masih menyebelahi PU Azman dan tidak memikirkan nasib serta trauma dialami oleh mangsanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Instagram
Leave a Reply