POLISI check-in (daftar masuk) hotel pada pukul 4 petang ternyata tidak dipersetujui banyak pihak.
Ramai beranggapan waktu tersebut tidak praktikal, terutama bagi mereka yang tiba lebih awal dan ingin segera berehat setelah menempuhi perjalanan jauh.
Kebiasaannya, pelanggan dibenarkan memasuki bilik hotel seawal pukul 12 tengah hari, pukul 2 atau 3 petang dan perlu mendaftar keluar sebelum atau pada pukul 12 tengah hari keesokan hari.
Selain mencetuskan rasa tidak puas hati, polisi ini turut mendorong sesetengah pelanggan mempertimbangkan untuk memboikot hotel-hotel yang menetapkan peraturan tersebut.
Susulan itu, seorang pekerja operator di sebuah hotel bertaraf empat bintang tampil mendedahkan mengenai operasi di tempat kerjanya dan cuba mengaitkannya dengan kewajaran polisi tersebut.
Menurut individu berkenaan, setiap hari, tetamu tidak dapat mendaftar mask pada waktu sepatutnya kerana kebanyakan bilik belum siap dikemas walaupun sudah pukul 4 petang.
“Jadi, tetamu nak check-in pun tak boleh. Kesian juga sebab bayar mahal-mahal, akhirnya check-in lambat juga,” katanya cuba menggambarkan situasi.
Pelayar di X tidak bersetuju dengan penjelasan seorang pekerja hotel.
Dalam satu hantaran dibuat seorang pelayar di X pula, dia meluahkan rasa kurang setuju dengan penjelasan dibuat oleh seorang pekerja hotel ketika ditemubual sebuah stesen radio.
Pekerja hotel itu menjelaskan bahawa polisi melewatkan waktu check-in waiar kerana kerana staf hotel memerlukan masa secukupnya untuk memastikan semua bilik sentiasa wangi dan bersih.
“Tak sukanya penjelasan siapa entah dekat siaran radio ni pasal check-in lambat. Nak pastikan bilik wangi dan bersih. Awak boleh letak beg dulu, jalan-jalan dan datang bilik dah siap.
“Kadang-kadang kalau bilik sudah siap, kita bagi je masuk awal. 100 hotel aku pergi, satu je siap awal. Pastikan bilik wangi dan bersih memang kerja anda.
“Kadang-kadang cakap boleh check-in pukul 2, pukul 3 baru bilik siap. Tak cukup orang, jangan buka bilik banyak. Ni buka tempahan semua, kaut semua. Lepas tu tak cukup kaki tangan. Kita pula kena faham dan bersabar” ujar individu berkenaan.
Dalam situasi di mana bilik tidak siap dikemas pada waktu dijanjikan, pihak hotel harus mempertimbangkan untuk menambah jumlah staf untuk memastikan keselesaan dan perkhidmatan berkualiti buat tetamu.
Dalam dunia pelancongan masa kini yang kompetitif, pihak hotel seharusya mengambil kira keperluan, harapan dan keselesaan pelanggan mereka.
Pilihan check-in awal dengan bayaran tambahan atau kemudahan untuk menyimpan bagasi terlebih dahulu dapat membantu meningkatkan kepuasan pelanggan.
Seorang pekerja bahagian operasi berkongsi situasi melibatkan tetamu dan staf hotel.
Isu beberapa hotel menetapkan waktu daftar masuk pada pukul 4 petang dan waktu keluar seawal pukul 11 pagi hangat diperkatakan sejak 22 September lalu.
Pengenalan ini membuatkan netizen meluahkan rasa tidak puas hati kerana berpendapat tempoh penginapan mereka terlalu singkat, tidak setanding dengan kadar yang dibayar.
Malah, ada juga yang mendedahkan polisi ini bukan hanya diguna pakai di hotel, malah inap desa turut mengambil langkah sama.
Lebih mengecewakan, pelanggan dikenakan caj tambahan jika terlambat mendaftar keluar sedangkan sebelum itu mereka terpaksa menunggu lama kerana bilik belum siap dikemas.
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam satu kenyataan menasihatkan orang ramai untuk sentiasa membaca dan memahami terma serta sarat yang ditetapkan oleh hotel sebelum membuat tempahan.
Ini penting bagi mengelakkan salah faham atau kekecewaan, terutamanya mengenai harga dan perkhidmatan.
Sementara itu, Presiden Persatuan Hotel Bajet dan Perniagaan Malaysia, Ganesh Michiel, menjelaskan bahawa pemilik hotel dan inap desa mempunyai kebebasan untuk menetapkan waktu daftar mask kerana tiada undang-undang tau ketetapan khusus mengenainya.
sumber: mstar
Leave a Reply