Melalui laman YouTube, tular temubual Berita Harian bersama pelakon jelita, Rita Rudaini yang mengakui dirinya tidak tolak bertemu jodoh, namun lebih selesa hidup bersama dua orang anak lelakinya iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qada Arjuna.
Kata Rita, dia berasa hairan dengan segelintir individu yang merasakan anak-anaknya kekurangan kasih sayang hanya kerana dia berstatus ibu tunggal dan anak-anak tidak berkomunikasi dengan bapa mereka.
Nak kata kurang kasih sayang, buat perangai tak ada pula. Orang je yang melebih.
Lihat siaran ini di Instagram
Dalam pada itu, pelakon Mami Jarum itu memberitahu dirinya pernah berjanji dengan anak-anak bahawa dia tidak akan berkahwin lagi dan akan memberi fokus sepenuhnya kepada mereka berdua.
Kalau orang tanya tak sunyi ke? Tak sunyi pun sebab kat rumah pun ada tujuh ekor kucing. Saya lebih bahagia dapat besarkan anak-anak sendiri tanpa ada gangguan mental.
Untuk info ramai, Rita pernah mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak terkenal, Aidil Zafuan pada tahun 2008 dan dikurniakan dua orang cahaya mata tetapi perkahwinan tersebut tidak bertahan selepas mereka disahkan bercerai pada September 2013.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber :Youtube
Leave a Reply