“Mereka Yang Terlibat Dengan Fahaman & Ajaran Berkesinambungan Daripada Al-Arqam Perlu Bertaubat” – Mufti Pulau Pinang

Menurut Mufti Pulau Pinang, Prof Madya Datuk Dr. Mohd. Sukki Othman, individu yang terlibat dengan fahaman dan ajaran kesinambungan daripada Al-Arqam di negara ini perlu bertaubat dan kembali semula ke pangkal jalan.

mufti pulau pinang

Kata Dr. Mohd Sukki lagi, siasatan menyeluruh akan dibuat dengan adil bagi melihat sama ada ajaran dan kepercayaan syarikat GISBH adalah benar merupakan kesinambungan daripada ajaran Al-Arqam dan Rufaqa.

Masyarakat juga perlu sama-sama membantu sesiapa sahaja yang terperangkap dalam ajaran yang menyeleweng daripada ajaran Islam untuk kembali ke pangkal jalan.

GISBH

Kelmarin, sebanyak empat premis termasuk dua rumah jagaan berkaitkan dengan GISBH di sekitar Seberang Perai telah diserbu dalam satu operasi.

Difahamkan, keempat-empat premis yang diserbu adalah Rumah Jagaan Harapan Al Mahabbah di Nibong Tebal, Rumah Permata Kasih Taman Seri Mengkuang (Pusat Jagaan Kanak-Kanak) Kubang Semang, Kedai Kek Dan Roti Ikhwan dan Ikhwan BP Mart di Bandar Perda.

ajaran sesat Aurad Muhammadiyah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Kosmo

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*