Kes Kem4tian Nidza Afham Tiada Unsur Jen4yah, Kekal Diklasifikasikan M4ti Mengejut (SDR)

Setelah sebulan lebih kematian penyanyi, Nidza Afham berlaku, kes tersebut masih kekal diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Kes kematian tiada unsur jenayah

Perkara tersebut ditegaskan oleh Ketua Polis Negara, Datuk Hussein Omar Khan, di mana beliau berkata tiada sebarang unsur jenayah daripada hasil siasatan pihak berkuasa.

Kes berkenaan kini hampir selesai dan tiada unsur jenayah. Siasatan menyeluruh kes itu masih dijalankan mengikut SDR.

datuk hussein omar khan

Kes hampir selesai

Difahamkan, Hussein menjelaskan hal tersebut ketika ditemui oleh pihak media di Marathon Selangor Police Integrity 2024 yang berlangsung di Klang, hari ini.

Dalam pada masa yang sama, beliau turut memberitahu kertas siasatan akan dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

mayat nidza afham

Sekadar info, selepas mayat Nidza ditemui di Sungai Klang pada 14 Ogos lalu, kes kematian arwah sememangnya menjadi perhatian ramai kerana difahamkan, arwah dilaporkan hilang selepas keluar beriadah di Stadium Sultan Suleiman.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : metro

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*