Sedia maklum, hubungan pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof bersama ibu bapanya serta keluarga sudah kembali pulih seperti biasa selepas hampir setahun tidak berhubung.
Hal tersebut turut membahagiakan ibunya iaitu Datin Patimah yang selama ini berdoa agar anak lelakinya itu terbuka hati untuk kembali ke pangkuan keluarga.
Lihat siaran ini di Instagram
Terbaru, dilihat Datin Patimah memuat naik satu hantaran di Instagram seolah-olah menujukan ia kepada seseorang.
Dalam hantaran yang dimuat naik, isteri kepada pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam itu memohon ‘seseorang’ itu untuk muhasabah diri serta merasakan dia menjadi punca hidup anak-anak dan cucu-cucunya teraniaya.
Bahkan, bukan individu itu saja perlu musahabah, keluarganya turut perlu melakukan perkara itu dan rata-rata yang meninggalkan komen bersetuju dengan luahan Datin Patimah itu.
Dalam pada masa yang sama, ramai juga yang tumpang gembira melihat Syamsul dan Datin Patimah kini sudah berbaik semula.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Instagram
Leave a Reply