Sering puji Fattah Amin, DJ Sonic tak pernah dengar Fazura ‘canang’ hal rumah tangga

STATUS sahabat baik bukan tiket penyampai radio DJ Sonic mengambil tahu hal peribadi Nur Fazura malah pelakon berkenaan tidak pernah menceritakan sebarang masalah berkaitan rumah tangga kepadanya.

Sonic atau Awang Suffian Awang Hussein, 45, berkata, sebelum tular isu aktres tersebut memfailkan cerai terhadap Fattah Amin, mereka ada keluar bersama namun sahabatnya itu kelihatan ceria dan tidak menunjukkan sebarang tanda mempunyai masalah.

“Dengan nama Allah Fazura tidak pernah bercerita hal rumah tanga dia dengan saya.

Sonic berkawan baik dengan Fazura.

“Bahkan sebelum viral isu dia memfailkan cerai, saya dan Fazura ada keluar bersama namun tiada pula dia bercerita serta nampak dia sangat okay.

“Fazura sentiasa beri vibes positif pada orang sekeliling. Dia tak pernah bercerita buruk tentang Fattah sebaliknya dia selalu memui suaminya itu seorang bapa yang baik,” katanya.

Sonic berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Majlis Pengumuman Malam Kemuncak Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 36 (ABPBH36) di Courtyard by Marriot, Kuala Lumpur pada malam Rabu.

Sementara itu, susulan berkongsi cerita keperibadian Fazura di Instastory pada Ahad lalu, Sonic berkata aktres itu membalas hantaran berkenaan dengan emoji menangis.

Namun Sonic memberitahu rakan baiknya itu tetap tidak bercerita masalah rumah tangganya pada dirinya.

“Fazura ada balas Instastory saya, dia balas emoji menangis.

Saya dan Fazura ada keluar bersama namun tiada pula dia bercerita serta nampak dia sangat okay

DJ SONIC

PENYAMPAI RADIO

“Dia tahu apa yang saya tulis itu adalah cerita susah senang kami bersama, tapi dia tiada beri komen apa-apa tentang rumah tangganya, ujarnya.

Jelas Sonic, apa yang ditulis adalah ikhlas kerana Fazura adalah insan yang banyak membantunya ketika dalam kesusahan.

“Apa yang saya tulis di Instastory adalah ikhlas daripada hati saya.

Fazura masih berdiam isu memfailkan cerai terhadap Fattah.

“Saya hanya menyentuh fasal Fazura kerana saya ni sebenarnya bukan dari keluarga senang dan sampai sahaja di Kuala Lumpur Fazura orang yang beri rezeki kepada saya.

“Malah setiap bulan saya tiada masalah beri wang pada keluarga di kampung dan pernah suatu ketika saya tiada duit, Fazura yang bantu,” jelasnya.

Pada 13 September lalu, Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 41, dikatakan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor memfailkan cerai terhadap Fattah.

Sonic merupakan salah seorang selebriti tercalon dalam ABPBH36.

Sebutan kes cerai pasangan ini dijangka disebut pada 25 September ini.

Untuk rekod, Fazura dan Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 34, mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 3 tahun.

Dalam perkembangan lain, Sonic merupakan 10 calon teratas bagi kategori Penyampai Radio Popular ABPBH 36.

Malah Sonic berada dalam senarai 36 artis dengan undian tertinggi menerusi undian peminat secara dalam talian.

sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*