Sejak berita mengenai Fazura memfailkan cerai terhadap suaminya, Fattah Amin, aktor tersebut teruk dikecam ramai kerana ada dakwaan mengatakan dirinya berlaku curang terhadap aktres terbabit.
‘Introvert’, tak reti berparti
Namun begitu, melalui laporan Gempak, seorang individu di Thread berkongsikan sikap Fattah yang dikatakan ‘introvert’ dan lebih gemar duduk di rumah melayan anak perempuannya, Fatima.
Tak kenal pun Fattah Amin secara peribadi, namun kawan-kawannya adalah kawan kita. Mereka cakap dia seorang introvert, suka duduk rumah layan anak, tak reti berparti bagai.
Lihat siaran ini di Instagram
Makin diam, makin banyak fitnah dilemparkan
Dalam perkongsian yang sama, individu itu turut berkata semakin diam seseorang itu, semakin banyak kecaman serta fitnah dilemparkan.
Susulan berkongsikan perkara tersebut, rata-rata netizen bersetuju dengan individu terbabit.
Sebelum ini, tular khabar angin seorang aktor berlaku curang terhadap isterinya yang juga merupakan seorang pelakon dan ketika itu, ramai menuduh Fattah Amin merupakan aktor tersebut.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : gempak
Leave a Reply