Tr4gedi di dusun durian… Tiga sekeluarga m4ut kereta dihemp4p pokok tumbang

TIGA sekeluarga ma ut selepas kereta mereka dihempap sebatang pohon ketika dalam perjalanan pulang dari dusun durian.

Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 10 pagi Isnin, di Desa Telagah, Langkat, Sumatera Utara.

Menurut Ketua Polis Daerah Binjai, AKBP Bambang Christanto Utomo, ketika kejadian, keluarga berkenaan dalam perjalanan pulang namun secara tiba-tiba, berlaku angin kencang menyebabkan sebatang pokok tumbang dan menghempap kenderaan yang dinaiki mereka.

“Dusun durian berkenaan adalah milik keluarga mangsa. Ada lima hingga enam orang di dalam kereta.

“Mangsa yang ma ut adalah pemandu, penumpang di bahagian depan. Sementara penumpang di bahagian belakang terselamat” ujarnya.

Menurut Bambang, keluarga mangsa bagaimanapun enggan melakukan bedah siasat.

sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*