Tr4gis! Peserta RX-Z Member 6.0 m4ut terbabas, b4dan ters3ret bawah trel3r

KEGEMBIRAAN sekumpulan peserta RX-Z Member 6.0 yang berhimpun selama dua hari di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak di Terengganu berakhir trag edi apabila salah seorang daripadanya terlibat dalam kema la ngan ma ut semasa perjalanan pulang ke Pahang.

Kema la ngan nge ri berlaku apabila motosikal ditungganginya bergesel dengan sebuah lagi motosikal lalu terbabas di kilometer 379.5 Lebuhraya Pantai Timur (LPT2) (Ajil-Bukit Besi), petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, kira-kira 2.30 petang, mangsa Ahmad Amir Muhamad, 29, menunggang motosikal Yamaha RX-Z dari Kuala Terengganu ke Temerloh.

Menurutnya, kira-kira pukul 3 petang apabila tiba di tempat kejadian, mangsa memotong sebuah lori menggunakan lorong kecemasan.

Bagaimanapun, ketika memotong motosikal mangsa bergesel dengan sebuah lagi motosikal Yamaha RX-Z yang berhenti di lorong kecemasan itu.

“Mangsa terjatuh di atas jalan dan terseret masuk ke bahagian bawah treler.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mangsa dibawa ke unit forensik Hospital Hulu Terengganu untuk be dah siasat, katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*