Bercuti ke Indonesia, wanita berstatus isteri orang gila bay4ng dengan tour guide… Syak dicalit minyak peng4sih masa nak naik bot

MEMANDANGKAN cuti persekolahan sudah bermula, Anis memutuskan untuk membawa ibunya bercuti selama tiga hari dua malam ke sebuah pulau terkenal di Indonesia.

Dia yang merupakan seorang guru di sebuah sekolah di Selayang, Selangor mengambil pakei lengkap termasuk makan dan pengangkutan sepanjang percutian itu.

Walaupun Anis pernah mendengar kisah- kisah di pulau itu kononnya wanita sering dibawa lari, dia beranggapan semua itu hanyalah cerita rekaan.

Namun, pengalaman sendiri mengubah tanggapannya apabila mendakwa menjadi mangsa ilmu pengasih seorang lelaki tempatan.

Kisah bermula ketika anak beranak ini dijemput di lapangan terbang dan bertemu dengan tour guide (pemandu pelancong) bernama Rangga (bukan nama sebenar).

Indonesia sering menjadi tumpuan rakyat negara ini untuk bercuti. -Gambar hiasan

Pada hari pertama, tiada apa yang mencurigakan dengan Rangga kelihatan ramah dan banyak menolong ibunya yang sudah berusia.

Namun, Anis berasa hairan apabila lelaki itu mula bertanya tentang dirinya serta nama penuh kepada ibunya.

Pada hari kedua, Anis mengakui dirinya dalam keadaan sedar tetapi mula merasakan tanda-tanda aneh.

Ketika melihat dirinya di cermin, dia merasakan wajahnya sangat cantik seolah-olah seperti menggunakan ‘filter’ di aplikasi Instagram.

Perasaan ini begitu mengganggu sehinggakan dia tiba-tiba terlupa bahawa dirinya sudah berkahwin.

Satu lagi kejadian pelik berlaku ketika Anis dan ibunya dijemput oleh Rangga untuk melawat pulau kecil.

Anis dapat merasakan sesuatu yang berbeza pada diri Rangga yang mana dia kelihatan sangat tampan dan berseri ketika menjemput mereka di lobi hotel.

Dari jauh, Rangga seakan-akan memancarkan aura memikat, menyebabkan Anis terpaksa menenangkan diri dan cuba tidak memandang lelaki itu.

Tanda terakhir terjadi pada malam sebelum mereka pulang ke Malaysia dan ia sangat menakutkan.

Anis tidak dapat tidur kerana wajah Rangga terus muncul dalam bayangannya setiap kali dia memejamkan mata.

Dia cuba mengusir ‘gangguan’ dengan membaca ayat Kursi berulang kali, tetapi wajah Rangga tetap muncul.

Gangguan gara-gara minyak pengasih meniadi parah ketika hendak tidur –Gambar hiasan

Keesokan pagi, ibunya memberitahu Anis mengigau dan meracau dalam bahasa yang tidak dapat difahami.

Setelah selamat pulang ke Malaysia, Anis menceritakan pengalaman mistik itu kepada suami.

Perkara itu membuatkan suami Anis merasakan ada sesuatu tidak kena kerana tubuh isterinya mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.

Suaminya percaya dan yakin bahawa Rangga mungkin telah menggunakan ilmu pengasih dan malangnya, Anis menjadi mangsa.

Pasangan suami isteri itu terpaksa mencari cara untuk menghapuskan ilmu pengasih tersebut yang mungkin masih ditinggalkan dalam diri Anis.

Anis menyedari bahawa Rangga mungkin telah mencalit minyak pengasih ketika membantu menurunkannya dari bot.

Walaupun Rangga gagal menguasai Anis sepenuhnya, dia bimbang sekiranya kesan ilmu itu mungkin akan cuba menariknya kembali ke pulau itu.

IImu pengasih biasanya merujuk kepada amalan atau doa yang dikatakan dapat menarik perhatian atau perasaan seseorang terhadap individu tertentu.

Dalam Islam, amalan mempercayai atau menggunakan kaedah yang dianggap mengandungi unsur mistik atau sihir untuk mempengaruhi seseorang adalah dilarang dan boleh dianggap sebagai khurafat.

Oleh itu, amalan menggunakan ilmu pengasih jika ia melibatkan unsur-unsur yang bertentangan dengan ajaran Islam boleh dianggap sebagai khurafat dari segi hukum agama Islam.

sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*