Penerbit terkenal, Datuk Ayu Puteh tampil mempertahankan Wanna Ali setelah anaknya itu dituduh tidak sensitif dan mengambil kesempatan terhadap isu rumah tangga antara Fattah Amin dan Fazura pada ketika ini.
Semalam, Fazura telah memfailkan perceraian terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Shah Alam namun tidak didedahkan punca aktres itu berbuat demikian.
Lihat siaran ini di Instagram
Kata Ayu, anaknya tidak boleh dikutuk sewenang-wenangnya kerana hantaran tersebut adalah sekadar promosi drama dan mengikut jadual.
Kalau tak suka pun jangan la sampai maki-maki anak orang tahap tu. Dia bukan penyondol, tak sensitif, atau nak publisiti, jangan pakai ayat-ayat ni.
Dia orang pandai, baik hati, anak yang baik kepada saya. Jaga tulisan dan adab nak komen.
Terdahulu, Wanna mendapat kecaman warga maya setelah dia dilihat membuat promosi drama Lelaki Melayu Terakhir bersama-sama Fattah Amin di Instagram miliknya semalam.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : instagram
Leave a Reply