Wanita m4ti dalam dakapan ibu, sempat panggil ‘mama’ sebelum hilang ny4wa! Suami larikan diri selepas bvnuh

PASANGAN yang disangka tempat selamat untuk berlindung tidak mustahil menjadi individu yang meragut nyawa.

Begitulah kisah seorang wanita iaitu Siti Oktaviani, 21, yang disyaki dibunuh oleh suaminya dalam kejadian berdarah di Ciwastra, Kota Bandung, Indonesia pada Rabu.

Suspek berusia 30 tahun dikenali sebagai D difahamkan segera melarikan diri selepas kejadian dan kini sedang diburu pihak polis tempatan.

Menurut seorang saksi dikenali sebagai Kania yang juga penduduk setempat, suspek dilihat masuk ke rumahnya dan tidak lama selepas itu mangsa ditemukan cedera parah di dalam kediamannya.

“Sava nampak suspek datang dengan menunggang motosikal, keadaannya agak mencurigakan, selepas itu saya tak tahu apa yang terjadi” ujar Kania ketika ditemui pemberita pada Khamis.

Seterusnya Kania bersama ibu mangsa masuk ke dalam rumah untuk memeriksa keadaan Siti yang ketika itu sudah lemah.

Si ibu kemudian terus memeluk mangsa dan cuba merangkulnya.

Kania berkata hanya kedengaran perkataan ‘mamah’ (mama) terungkap daripada mulut Siti, menyebut panggilan manja orang tuanya.

Tambah Kania, dia tidak dapat memastikan sama ada luka pada badan mangsa disebabkan oleh senjata tajam atau objek tumpul.

“Saya lihat ada lebam dan darah pada wajah mangsa serta luka pada tangannya. Mangsa ditemukan dalam keadaan tertiarap di atas tilam.

“Saya pun nampak ada banyak tompokan darah pada lantai bilik tidur dan ruang tamu, dari belakang hingga ke depan rumah.

“Mangsa meninggal dunia dalam dakapan ibunya,” kata Kania.

Sementara itu, jurucakap polis daerah Buahbatu, Iptu Purnomo berkata pihakya sedang menyiasat motif pembunuhan oleh suspek.

“Suami mangsa berjaya melarikan diri. Kami dengan bantuan agensi berkaitan sedang menjejaki suspek, jelasnya. – Detik Jabar

sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*