Bapa bayi lapan bulan yang maut selepas dibedung, disumbat botol susu dan ditekup bantal oleh pengasuhnya, Muhamad Al Fateh Amri akan memastikan semua pihak bertanggungjawab di atas tragedi yang berlaku.
Menerusi Facebook, Mejar Ir. Ts. Mohd. Fikry Amri Abd Halim, 39, melalui penulisannya menegaskan bahawa dia dan isteri, Sabrina Hakiem Zaini, 39, akan menuntut bela atas kematian bayi mereka
Kami akan ambil tindakan undang-undang semaksimumnya supaya menjadi pengajaran dan iktibar kepada mereka yang lain supaya tiada lagi anak-anak taska lain menjadi mangsa korban seterusnya.
Mohd. Fikry Amri turut memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong, Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Kehakiman Negara, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya memandang serius perkara ini.
Dia turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menyokong dan prihatian dengan apa yang menimpa keluarganya itu selain turut memohon agar orang ramai mendoakan dia dan isteri terus kuat.
Pihak berwajib sila jalankan amanah dan tanggungjawab. Pangkat dan jawatan diberi adalah untuk berkhidmat kepada rakyat, nanti di akhirat kelak kita semua akan dihisab di hadapan Allah”, tulisnya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : bn
Leave a Reply