Pesawat kecil terhemp4s di hutan, 4 individu disahkan m4ut… Pelajar penerbangan usia 15 tahun m4ngsa paling muda

EMPAT individu disahkan maut selepas sebuah pesawat kecil terhempas di kawasan hutan dalam kejadian pada Ahad.

Polis Vermont di Amerika Syarikat (AS) mendedahkan mangsa dikenali sebagai Paul Pelletier, 55, Frank Rodriguez, 88, Susan Van Ness, 51, dan Delilah Van Ness, 15.

Difahamkan Delilah Van Ness sedang mengikuti kursus penerbangan bersama Pelletier, manakala Susan Van Ness adalah ibunya.

Pihak berkuasa bagaimanapun tidak memberikan maklumat mengenai hubungan Rodriguez dengan mangsa yang lain.

Polis berkata keempat-empat mereka berlepas pada pagi Ahad menaiki pesawat persendirian dari Lapangan Terbang Windham di Connecticut dan terbang kira-kira dua jam ke Lapangan Terbang Basin Harbor di Ferrisburgh, Vermont.

Setelah tiba di destinasi, kesemua mereka menikmati sarapan dan meninggalkan lokasi itu sejurus selepas tengah hari untuk pulang ke Connecticut.

Delilah Van Ness (kiri) mengikuti kursus penerbangan bersama Pelletier (kanan). -Foto Middletown High School

Seorang saksi berkata mereka melihat pesawat itu di landasan kira-kira pukul 12.15 tengah hari.

Polis berkata mereka tidak menerima sebarang laporan mengenai nahas pesawat itu.

Namun, mereka bertindak selepas ahli keluarga membuat laporan mengatakan pesawat itu tidak tiba ke Connecticut.

Penyiasat akhirnya menemukan pesawat yang terhempas di kawasan hutan di sebelah timur lapangan terbang Vermont pada Isnin.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara sedang menyiasat insiden tersebut.

Punca nahas itu masih belum ditentukan. – Agensi.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*