Melalui laman media sosial X, tular satu video memaparkan seorang suami kantoi curang dengan wanita lain selepas menggunakan alasan keluar menyertai tabligh.
Konon sertai tabligh
Lebih menyedihkan, si suami tergamak melafazkan cerai talak tiga terhadap isterinya selepas perbuatan ‘busuk’ terbongkar.
Dapat dilihat dalam perkongsiaan di X itu, si suami berkata kepada isterinya mahu keluar menyertai tabligh selama tiga di Air Itam, Pulau Pinang dan meminta isteri mendoakan dirinya serta memberitahu akan mematikan telefon bimbit untuk fokus dalam aktiviti keagamaan itu.
Saja la depa (kawan) dok ajak B, jumpa kat masjid baru-baru ni. Mungkin Allah sayang kita, Allah hantar orang-orang baik mai ajak kita buat perkara yang baik.
Another kes curang. Sanggup main nama Allah untuk pergi curang 😅 pic.twitter.com/5leQ5OhcGe
— amighul deghaman (@ricxxxkiddo) September 9, 2024
Kantoi bercuti dengan kekasih gelap
Bagaimanapun, alasan yang dibuat ‘terkantoi’ selepas isteri mendapati si suami keluar dengan wanita lain dan dapat dilihat dalam video tersebut, lelaki terbabit memakai baju t-shirt berwarna berserta seluar pendek, manakala kekasih gelapnya memakai baju paras paha.
Difahamkan, ini bukan kali pertama si suami berlaku curang kerana sepanjang berkahwin selama dua tahun, dia didakwa telah curang sebanyak enam kali.
Alasan lelaki terbabit menggunakan agama sememangnya mendatangkan rasa kurang senang daripada kalanga netizen.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : X
Leave a Reply