Hijrah kerana Allah, Shuhada tukar angin pindah Australia… Syukur anak-anak cepat sesuaikan diri

MEMULAKAN kehidupan baharu di bumi Australia, personaliti media sosial dan juga usahawan Nurul Shuhada menganggap ia bagaikan mimpi menjadi kenyataan.

Kata Shuhada atau Nurul Shuhada Mat Shukri, 30, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk berhijrah ke negara lain dan melihat tindakan dilakukan ini merupakan satu perjuangan untuk kebaikan.

“Sebenarnya dah lama rancang. Rasanya sejak lapan bulan lalu saya sudah mula atur untuk memulakan kehidupan baru di sini.

Shuhada dan anak-anak kini menetap di Australia.

“Saya ambil keputusan untuk berhijrah kerana Allah. Nak mula hidup baru supaya anak-anak dapat rasa persekitaran baru. Boleh belajar budaya orang di sini,” katanya.

Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi ini juga memberitahu dua orang anakya iaitu Humairah dan Umar mudah menyesuaikan diri sejak mereka tiba di Melbourne sekitar pertengahan Julai lalu.

Biarpun menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal, namun ia bukan penghalang buat Shuhada berdikari di bumi asing.

Malah ketika mula berhasrat untuk berhijrah, dia sudah menyusun baik setiap langkah supaya urusannya di sana dipermudahkan.

“Kehadiran saya di sini juga diterima baik. Dapat bertemu keluarga angkat yang banyak membantu semasa tiba dan tidak banyak masalah berlaku. Syukur segalanya dipermudahkan.

“Sebagai ibu mestilah saya sudah rancang awal tentang urusan melibatkan anak-anak. Semuanya diatur dengan baik termasuk urusan tempat tinggal dan sekolah.

Nak mula hidup baru supaya anak-anak dapat rasa persekitaran baru. Boleh belajar budaya orang di sini

NURUL SHUHADA

“Dua orang anak saya seronok di sini dan mereka juga senang sesuaikan diri. Malah ketika perubahan musim pun mereka tidak alami sebarang alahan,” ujarnya.

Tambah Shuhada dia mash meneruskan tugas sebagai duta produk tempatan termasuk melakukan reviu jika diperlukan.

Malah, dia juga bersedia untuk berulang-alik menguruskan kes perbicaraan mahkamah berkenaan dakwaan dipukul oleh Hafidz sebelum ini.

Shuhada mahu anak-anak merasakan persekitaran baharu.

“Sebelum ini pun saya tinggal di Perlis dan boleh datang ke Kuala Lumpur, perjalanan lima jam. Sekarang ini mestilah tiada isu nak hadir ke mahkamah.

“Saya ada matlamat di sini dan dalam masa sama masih teruskan tawaran mempromosikan produk dari Malaysia,” jelasnya.

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*