Wajah arw4h abang berubah, kulit hitam manis bertukar putih berseri selepas dimandikan… Adik kongsi amalan soleh ketika hidup

SEBUAH video yang membicarakan topik kematian husnul khatimah tular di media sosial sehingga ia dihujani pelbagai komen netizen.

Namun antara yang paling menarik adalah perkongsian seorang individu di ruangan komen tentang kematian arwah abangnya akibat penyakit asma.

Menurut individu itu, jenazah arwah abangnya menunjukkan beberapa tanda keanehan seperti dahi yang berpeluh serta perubahan warna kulit.

Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. -Gambar hiasan

“Saya menyaksikan kematian arwah abang. Dahi berpeluh, mata berair, sepanjang malam anak-anak buah bergilir mengaji sehingga dimandikan.

“Esoknya lepas mandi, kulit arwah yang hitam manis masa hidup bertukar putih dan bersih,” ujarnya memulakan cerita.

Menurutnya lagi, arwah abangnya merupakan seorang anak yang taat dan tidak pernah melawan cakap orang tua sepanjang hayatnya.

Esoknya lepas mandi, kulit arwah yang hitam manis masa hidup bertukar putih dan bersih

ADIK ARWAH

“Amalan dia macam kita biasa je cuma sepanjang hidup dia tak pernah melawan cakap mak ayah.

“Ayah marah macam mana sekali pun, kalau buat silap, dia diam sahaja. Saya pun tak mampu buat,” ujarnya.

Mengimbas tentang detik kematian, dia berkata arwah abangnya pergi dalam keadaan yang cukup mudah selepas diserang asma.

“Daripada cerita mak, arwah pergi sangat mudah. Cuma cakap nak kembali. Takbir satu kali, lepas tu terduduk… tersandar sebab semput asma.

“Masa nyawa arwah ditarik, mak dengar jerih dia. Mak ajar mengucap, dia pergi dengan reda mak, ceritanya lagi

Seorang lagi wanita turut berkongsi cerita tentang kematian bapanya yang meninggal dalam keadaan tersenyum.

“Ayah saya dua kali tarik nafas, lepas tu tak ada dah. Dahi berpeluh. Seminggu kemudian dia datang dalam mimpi.

“Keadaan tersenyum, selicin-licinnya muka, nampak muda 40-an sedangkan meninggal umur 70. Lepas tu tiada mimpi dah,” cerita wanita itu pula.

Kematian seseorang itu tentunya meninggalkan kesan yang mendalam buat keluarganya. – Gambar hiasan

Rata-rata netizen turut meninggalkan komen dan berharap mereka juga dapat pergi dalam keadaan husnul khatimah.

Menurut laman sesawang Mufti Wilayah Persekutuan, tanda-tanda bagi kematian yang baik (husnul khatimah) terbahagi kepada sudut masa, tempat dan keadaan.

Antaranya, mati pada hari atau malam Jumaat, mengucap dua kalimah syahadah sebelum menghembuskan nafas yang terakhir dan meninggal dunia dalam keadaan berpeluh di dahinya.

Di dalam hadis yang diriwayatkan Imam al-Tirmidzi, bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya:

Tanda kematian bagi seorang mukmin ialah dengan berpeluh dahinya. [Hadith riwayat al- Tirmidzi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*