BERSERAH pada takdir, personaliti media sosial Aya Amiruddin tiada perancangan untuk mecari salahsilah keluarga kandungnya.
Kata Aya, 27, dia sudah boleh menerima kenyataan bahawa dirinya kini sendirian tanpa keluarga di sisi.
“Dalam masa sekarang saya tiada niat lagi nak mencari mereka, saya serahkan semuanya kepada Allah.
Aya berkongsi perkara itu menerusi sesi podcast Buka Mulut.
“Saya dah boleh menerima takdir, inilah kehidupan saya dan saya ditakdirkan seorang diri sekarang ini,” katanya.
Aya berkongsi perkara itu menerusi sesi temu bual podcast Buka Mulut di Instagram MyAudioPlus.
Dalam pada itu, Aya memberitahu dia tidak terlalu berharap agar dipertemukan dengan keluarganya suatu hari nanti.
Jelasnya, dia bahagia dengan kehidupan sekarang dan bersyukur dikelilingi dengan rakan-rakan yang dianggap seperti keluarga.
“Apa-apa pun kalau Allah kata jumpa suatu hari nanti maka jumpalah. Kalau tak jumpa pun Alhamdulillah.
“Itulah takdirnya tetapi saya bernasib baik ada ramai kawan yang layan saya macam keluarga mereka.
“Malah keluarga mereka pun layan saya dengan baik, saya tak rasa seperti orang luar,” jelasnya.
Sebelum ini, Aya mendedahkan dia dibesarkan oleh keluarga angkat sejak kecil namun kedua ibu bapa angkatya sudah pun meninggal dunia.
Sumber: mstar
Leave a Reply