“Apa Sebab Kita Nak Perlekeh Keturunannya Pula?” – Netizen ‘Petik’ Isu Nama Keturunan, PU Syed Tampil Bersuara

Pendakwah selebriti, PU Syed tampil memberikan pendapat setelah tular isu gelaran Syed dan Sharifah yang menjadi perbualan hangat di media sosial susulan daripada kes rogol Da’i Syed tempoh hari.

Ujar Syed, orang ramai tidak perlu mengaitkan keturunan seseorang apabila berlakunya sesuatu isu yang tidak baik atau tidak diingini.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh SYED MOHD BAKRI SYED ISHAK BENYAHYA (@pusyed_official)

Dalam isu penyanyi ini, beliau dipenjara asbab perbuatan yang disabitkan dan yang dia telah lakukan. Maka dia telah mula menerima hukuman. Lalu apa sebab kita nak perlekeh keturunannya pula?

Jika anak yang buat salah, adakah bapa dan datuknya juga perlu disalahkan setelah segala tunjuk ajar telah diberikan.

Tambahnya lagi, orang ramai perlu mengambil ibrah dan pengajaran mengenai kes hangat itu agar dapat menjaga diri dan keluarga dengan lebih baik.

Islam mengajar kita mengeji dan membenci perbuatan dosa dan maksiat bukan membenci batang tubuh apatah lagi keturunan si pelaku maksiat.

Beliau bukan pendakwah walaupun lahir dari program dakwah. Beliau lebih aktif dalam bidang nyanyian. Maka layak dia digelar penyanyi.

Lagi satu Allah tak pandang title kita apa, namun yang dipandang adalah taqwa dan amalan kita. Selari dengan perintah Allah dan laranganNya atau sebaliknya.

Tular sebelum ini mengenai kenyataan isteri Da’i Syed, Hana Ismail yang meminta orang ramai untuk menegur mereka dengan baik kerana berketurunan Syed dan Syarifah.

Terdahulu, Da’i Syed telah dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan kerana didapati bersalah merogol seorang wanita di sebuah kondominium 5 tahun lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Instagram

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*