SEORANG bapa terpaksa berjalan kaki sejauh lebih dari 200 kilometer (km) untuk membawa anak perempuannya berusia setahun untuk menjalani pemeriksaan di hospital.
Pada usia enam bulan, anak perempuannya menjalani pembedahan selepas mengalami sakit jantung dan jangkitan paru-paru.
Bapa tunggal berusia 24 itu sanggup berjalan kaki sambil mendukung anak perempuannya dari rumahnya di daerah Omkoi ke sebuah hospital di pusat bandar Chiang Mai, Thailand.
Sejak menialani pembedahan enam bulan, dia perlu membawa anak perempuannya ke hospital setiap bulan dengan perjalanan mengambil masa lima jam.
Memetik laporan media Thailand, tindakan lelaki berkenaan bagaimanapun disedari oleh pasukan Penyelamat Yayasan Nopparat apabila melihat lelaki itu menangis di tepi pondok polis berhampiran hospital sambil memeluk anakya.
Dia menangis kerana tidak mampu membiayai kos pengangkutan untuk pulang ke rumah.
Yayasan itu kemudian tampil menumpangkan dua beranak itu secara percuma di samping memberikan bantuan kewangan dan barang keperluan.
Setiap bulan, lelaki itu akan melakukan perkara sama kerana tidak mampu menanggung kos perjalanan ke hospital.
Menurut bapa berkenaan, dia tidak mempunyai pekerjaan yang stabil dan melakukan pelbagai kerja bagi meneruskan kehidupan.
Video menyayat hati mengenai dua beranak itu dikongsikan di akaun TikTok dan mendapat perhatian warga maya. -Agensi
Leave a Reply